Thursday, May 18, 2017

hotel di langkawi

memandangkan ramai yang tanya kami pasal nak booking hotel di langkawi ni, harini kite kongsi sikit pasal hotel kat pulau langkawi. yelahkan, kalau datang ke langkawi dalam kumpulan yang kecil tak sesuai pulak nak tempah 1 homestay kan.. sebenarnya kt pulau langkawi ni banyk pilihan hotel. ikut  kesesuaian masing-masing nak pilih hotel mana.ada yang nak hotel di pekan kuah, ada yang nak hotel di cenang, ada yang nak hotel bajet, ada yang nak hotel mewah. macam-macam ada. kebanyakan hotel ni terletak di 2 lokasi utama iaitu pekan kuah dan pantai cenang. ok jom kte view beberapa hotel yang ada kt langkawi ni

Meritus Pelangi Beach Resort & Spa

hotel ni sangat besar dan luas. lokasi Meritus Pelangi Beach Resort & Spa ni terletak di pandai cenang langkawi sangat sesuai untuk yang mencari penginapan yang berhampiran dengan pantai. seperti yang anda dapat lihat pada gambar di bawah. hotel ni betul-betul tepi pantai. lokasi yang amat strategik dan sangat cantik menjadi tumpuan para pelancong dari dalam negara dan juga luar malaysia terutama pada musim cuti umum / cuti sekolah.


antara keistemewaan hotel ni ialah bilik berhadapan pantai, bilik berhadapan dengan tasik, bilik tepi  taman, dan juga bilik tepi kolam. banyak pilihan bilik menanti anda. untuk yang inginkan suasa romantik dan tenang jangan lupa datang sini ye.  sangat sesuai untuk yang nak berbulan madu / honeymoon. 

selain dari bilik, hotel ini menyediakan banyak kemudahan untuk pera pelanggannya. antaranya Wi-Fi percuma,  akses kerusi roda, pembantu hotel 24jam, dan restoran.untuk lebih detail tentang hotel ni anda boleh rujuk wabsite hotel di sini

 dengan keadaan hotel yang semewah ini anda rasa berapa harga untuk 1 malam menginap di sini?? anda nak tahu harga dan kekosongan bilik di hotel ni? boleh klik disini >>>> http://go.mfzhotel.com/   

Bayview Hotel


seterusnya kita view salah satu  hotel kt tengah pekan kuah pulak. nama hotel ni Bayview Hotel.. lokasi hotel ni terletak di pekan kuah. tak jauh dari jeti kuah, dalam 5 minit je perjalanan dari jeti. lokasinya yang strategik menjadi salah satu daya tarikan hotel ni. 

hotel ni juga mempunyai 282 bilik untuk tetamunya. besar jugak lah kan hotel ni.. biliknya  dilengkapi dengan kemudahan seperti tv berastro, aircond, peti sejuk, meja menulis dan macam-macam lagi lah.. anda boleh rujuk websit hotel untuk lebih detail tentang hotel bay view ni di sini ...

kadar sewa bilik ni agak-agak bape ye??? kadar sewa dia mengikut jenis bilik dan masa. kalau bilik yang executive yang mengadap laut mestilah lagi mahal berbanding dengan bilik yang lain. ada boleh semak harga kt sini ye >>>>go.mfzhotel.com 



Green Village

akhir skali kte view 1 hotel yang agak bajet atau murah sikit kt langkawi ni. nama di beri GREEN VILLAGE.. terletak di Pantai Tengah, Langkawi kira-kira 500 meter dari pantai. perjalanan dari pekan kuah ke hotel ni mengambil masa dalam 30minit. 

hotel ni mempunyai 26bilik. bilik-bilik di hotel ni tak kurang hebatnya walaupun harganya agak bajet.. bilik nya lengkap dengan katil queen, katil single, penghawa dingin/aircond dan biliknya mengadap kolam renang. jadinya, bangun je dari tidur boleh terus terjun kolam.. 😊 untuk lebih detail tentang hotel ni boleh rujuk website hotel ni di sini 

jadi sapa2 yang nak chek harga / nak sewa bilik di hotel ni boleh rujuk sini ye>>>> http://go.mfzhotel.com/


banyak lagi hotel di langkawi ni.. anda boleh pilih sendiri mengikut kesesuaian masing-masing. jadi rancang percutian anda sebaik mungkin. selamat bercuti

SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HOMESTAY
SMS / WHATSAPP / TELEGRAM

FAUZI: 016-9454669
FAUZI: 016-9454669
FAUZI: 016-9454669










Sunday, April 16, 2017

homestay 4 bilik, kuah

salah satu homestay yang banyak menjadi pilihan para pelangcong kami ialah homestay 4 bilik ini. terletak di lokasi yang strategik iaitu  kawasan peruhaman hadapan Idaman Suri, tempat shoping pinggang magkuk terkenal di Pulau Langkawi. tak jauh dari jeti. kira-kira mengambil masa hanya 10minit sahaja dari Jeti Kuah. jadi selepas sampai je di Jeti boleh terus ke homestay untuk berehat dulu seketika. rumah yang bersih, kemas dan selesa memberi ruang untuk anda semua beristirehat setelah penat melalui perjalanan untuk ke sini. bagi yang menginap di homestay ni amat dekat untuk ke Kompleks Haji Ismail Group, salah satu tempat shopping yang ada di Pulau Langkawi ni..





kawasan hadapan homestay ini mempunyai ruang parking kereta yang sesuai untuk 2 buah kereta. kereta yang disewa / bawa kereta sendiri boleh parking di hadapan pintu masuk rumah terus. tanpa perlu lagi parking jauh dari homestay. selamat untuk meninggalkan kereta.




masuk pula dalam rumah kita dapat lihat ruang tamunya yang amat luas. ruang tamu dilengkapi tv dan sofa untuk berehat sambil menonton tv. untuk yang datang dalam kumpulan yang ramai sesuai sangat berehat kat ruang tamu yang luas ni.



bilik pertama ni mempunyai 1 katil queen dan 1 katil single. boleh memuatkan 3 orang dewasa. bilik ini dilengkapi penghawa dingin / aircond. suasana bilik yang kemas dan bersih amat selesa untuk tidur atau berehat.


bilik yang ke dua pun dilengkapi dengan 1 katil queen dan 1 katil single. cuma beza bilik yang ke dua ni lebih kecik sedikit dari bilik yang pertaman tetapi masih sesuai lagi untuk 3 orang tidur dalam bilik ni. bilik pun kemas dan selesa lengkap dengan penyaman udara /aircond.  selimut disediakan.


seterusnya bilik yang ke 3 ni mempunyai 1 katil queen dan 1 tilam bujang extra. nampak ringkas tetapi kemas dan selesa. lengkap dengan penyaman udara / aircond. bilik ni juga boleh memuat kan 3 orang. 


yang ke 4 ni bilik tidur yang terakhir. mempunya1 2 katil 2 tingkat  / double decker. 1 katil queen kat bawah dan single kat atas, 1 lagi katil single kat bawah dan single kat atas. bilik ni boleh memuatkan seramai 5 orang. bilik ni pun mempunyai penghawa dingin / aircond untuk memastikan keselesaan semasa tidur.

seperti kebanyakan homestay-homestay lain, homestay ni juga mempunyai 2 bilik air dan 1 dapur untuk memasak.. alatan asas untuk memasak juga disediakan. cuma perlu cari bahang untuk memasak sahaja. 

dengan ciri-ciri yang memenuhi keperluan semasa bercuti ni. memang tak hairan lah homestay ni selalu mempunyai tempahan. jadi anda semua yang bercadang untuk  datang ke Pulau Langkawi ni jangan lepaskan peluang untuk menginap di Homestay ni.  


untuk pertanyaan mengenai kekosongan tarikh dan harga homestay, anda boleh whatsapp terus http://langkawihomestay.wasap.my 

sms / whatsapp / telegram
016-9454669 - FAUZI
016-9454669 - FAUZI
016-9454669 - FAUZI






Thursday, March 30, 2017

cara bawa masuk kereta ke langkawi

assalamualaikum dan salam sejahtera..

ramai yang bertanya kami macam mana nak bawa masuk kereta ke Pulau Langkawi ni... ok, harini kita cerita sikit cara macam mana nak bawa kereta sendiri masuk ke Pulau Langkawi. nak bawa masuk kereta naik Feri ke Langkawi ni tak boleh main terjah je. ade beberapa prosedur pengusaha  Feri yang harus kita ikut.

pertamanya anda semua  perlu buat tempahan online dulu. tempahan boleh dibuat di laman web https://www.langkawiroro.com/  ataupun di http://www.langkawiauto.com/.. untuk membuat tepahan anda perlu menyediakan beberapa dokumen. antara dokumen yang diperlukan ialah salinan gran kenderaan, salinan ic pemandu, nama dan no ic penumpang, dan no telefon pemandu. bayaran untuk tempahan itu boleh buat online terus. kadar tambang feri berbeza mengikut cc kenderaan.





jadi bila dah buat tempahan anda semua kenalah stanby di Terminal Feri Kuala Perlis. anda semua kena berada di Jeti 2jam sebelum berlepas. pada musim cuti sekolah / cuti umum anda dinasihatkan berada di Jeti lebih awal lagi sebab keadaan di jeti sangat sesak dengan kenderaan.  di terminal ni ada kemudahan surau, kedai makan, tandas awam dan kaunter tiket,

prosedur untuk chek in Feri ni sangat mudah, anda semua perlu print e-tiket yang dibuat semasa tempahan online tu dan daftar terus kat kuanter yang disediakan di Jeti Kuala Perlis ni.. selepas daftar anda akan diberi satu kad kemudian bolehlah beratur untuk masuk ke dalam feri.




perjalan dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa kira-kira 2jam. sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Langkawi anda dapat menihat pemandangan yang amat cantik. jadi jangan lepaskan peluang belegar-legar di berandar luar feri sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan... 😊😊😊 









Tuesday, March 7, 2017

beautiful langkawi


jomm layan video ni.. video yang memaparkan keindahan di Pulau Langkawi..video ini telah di muat naik di youtube semenjak 3 december 2013  yang lepas oleh Vigorous Fitness dan teleh mencapai sebanyak 156167 view dari penonton..

atara tempat yang menjadi pilihan Vigorous Fitness ialah Cable Car yang memparkan keindahan gunung Mat Cinchang yang tingginya mencecah 713meter dari aras laut. Pelancong dapat melihat keindahan gunung ni dengan menaikki Kereta Kabel / Cable Car.

lokasi seterusnya yang menjadi pilihan Vigorous Fitness adalah Machinchang Cambrian Geoforest Park.. disini kita dapat melihat keindahan pantai yang dapat menenangkan fikiran. pantainya bersih dan airnya jernih. tempat ini amat sesuai untuk bercuti dan beriadah bersama keluarga..

banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Pulau Langkawi ni.. jom bercuti ke Langkawi



Monday, February 13, 2017

le tour de langkawi


wahhh Le Tuor De Langkawi akan kembali membuka tirai nya di Kuala Terengganu pada 22 Febuari 2017 hingga 1 mac 2017. Jaran perjalanan di anggarkan sekitar 1222KM. untuk tahun ni sebanyak 20 pasukan dari semua benua akan mengambil bahagian. jadi orang2 di Terengganu tu jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara Le Tour De Langkawi ni di tempat anda.


jom kita ramai-ramai memeriahkan lg acara Le Tour De Langkawi tahun ni.. milik siapa tempat pertama pada tahun ini sama-sama kita nantikan...

untuk urusan homestay di langkawi

sms / whatsapp / telegram
FAUZI: 016-9454669
FAUZI: 016-9454669
FAUZI: 016-9454669




Wednesday, February 8, 2017

idaman suri


sapa kt sini suka shoping pinggang mangkuk?? ni die salah satu tempat untuk shoping pinggang mangkuk murah kt langkawi ni. banyak pilihan yang menarik menanti anda semua. rambang mata bila masuk kt sini


Pastinya harga kt sini lebih murah dari tempat yang lain..  Adik kakak pak cik mak cik yang suke shoping datang ke Pulau Langkawi ni jangan lupa singgah kt Idaman Suri ni ye..  

Lokasinya tak jauh dari Jeti Pekan Kuah..  Kira-kira 5km je. Pekan Kuah salah satu pekan kat Pulau Langkawi yang banyak lagi tempat-tempat untuk dilawati.  Antaranya Kompleks Haji Ismail Group (HIG).

Kat Kuah ni kami ada beberapa Homestay yang sesuai untuk anda semua menginap. Insyaallah Bersih, Selesa dan Berpatutan. 

Gambar atas ni merupakan salah satu Homestay yang kami sediakan untuk anda..  Ada 5 bilik tidur, 1 bilik solat.. Amat sesuai untuk yang datang dalam kumpulan yang ramai. Homestay ni lengkap dengan alatan asas untuk memasak, mesin basuh dan papan seterika. Untuk mendapat lebih penjimatan sila buat tempahan awal ye.

untuk maklumat lanjut 
sms / whatsapp / telegram
016-9454669 - FAUZI
016-9454669 - FAUZI
016-9454669 - FAUZI










Tuesday, January 31, 2017

CABLE CAR LANGKAWI


wahhh cantik pemandangan dari skycabcable car langkawi ni kann... skycab / cable car ni merupakan salah satu tarikan utama para pelancong yang datang ke langkawi lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah atau cuti umum..
langkawi cable car ni terletak di utara Telaga Harbour, Pantai Kok kira-kira 30km dari pekan kuah langkawi. cable car ni menghubungkan Teluk Burau ke puncak Gunung Machinchang menggunakan jambatan udara / Sky Bridge yang panjangnya kire-kire 2.2KM


cantikkan pemandangan dari atas Sky Bridge ni... bagi yang gayat dengan ketinggian, ini merupakan tempat yang amat mencabar.. bagi yang sukakan sesuatu yang lain untuk bargambar, ini merupakan tempat yang amat menarik. Pelancong yang nak datang ke Langkawi jangan lepaskan peluang berkunjung ke Langkawi Cable Car ni.. bergambar di atas Sky Bridge ni untuk kenangan yang mungkin tidak dapat anda semua lupakan..

waktu operasi cable car ni pulak bermula seawal jam 9.30am.. harga pulak berpatutan kalau nak dibandingkan dengan pengalaman yang bakal anda dapat kat sini

Harga Cable Car 2017

👉Skycab. 

👉Skydorm 3D

👉Skyrex 4D. 
👉Muzium 3D
💥Rm40.00 one person💥

Harga tiket mulai febuari 2017
untuk lebih tepat anda semua boleh rujuk dengan pihak pengurusan cabla car sendiri iaitu Panorama Langkawi.. banyak tawaran istimewa yang dibuat oleh pihak Penorama Langkawi..

jadi tunggu apa lagi.. jom ramai-ramai kita bercuti di langkawi.. jangan lupa tempah awal penginapan di langkawi ni untuk dapatkan homestay yang murah, selesa dan jimat.. bagi kumpulan pelancong yang datang sehingga 15orang, saya cadangkan untuk anda homestay  4 bilik tidur ini.. sangat selesa untuk keluarga anda.


homestay ini terletak di padang matsirat.. dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. semua bilik tidur dilengkapi dengan katil queen.


gambar di atas merupakan salah satu bilik dalam rumah ni. luas kan.. dilengkapi aircond dan tandas dalam bilik. homestay ini ada menyediakan toto dan bantal tambahan cukup untuk 15 orang.. 

jadi untuk anda yang berminat untuk datang ke Pulau Langkawi ni boleh lah membuat tempahan homestay ini dan lain2 homestay yang kami ada boleh lah memhubungi pihak kami di talian 016-9454669 - fauzi (sms / whatsapp / telegram)






hotel di langkawi

memandangkan ramai yang tanya kami pasal nak booking hotel di langkawi ni, harini kite kongsi sikit pasal hotel kat pulau langkawi . yelahk...